SINOPSIS BAB
Bab 1 – Tugas Baharu
Badri
anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai
seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang
tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa
hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala Shahrul
seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang
cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil
dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.
Bab 2 – Api Yang Mula Membara
Jamil
mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza
dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon
selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa
berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira
menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan
balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau.
Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan
berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrul yang menunggang
motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak
terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak Alang
memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.
Bab 3 – Main Api
Badri
dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air
berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar
ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar
ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva , rakan
sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad
prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil
agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran
agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar
sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh
dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh
Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar
raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei
yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.
Bab 4 – Duri Dalam Daging
Kumar
bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita
dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah
ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam
dengan Badri.
Bab 5 - Pertemuan
Badri
berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam
kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew
Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah
Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku kehilangan kad
prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan sesuatu
untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul.
Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
Bab 6 – Kemuncak Dunia
Nadira
dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk
keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah
kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis
Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan
Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang
motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu
berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang
kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh
anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan
diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya,
Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak
polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang
diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan
jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.
Bab 7 – Secantik Sinar
Bab 8 – Mengharung Badai
Jamil
menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit
di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak
membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela
diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira
masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan
kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew
Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang
pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri
membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia
mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari
tergesa-gesa kerana malu.
Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar
Badri
mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan
mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang
berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan
mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri
tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.
Bab 10 – Semarak Api
Shahrul
tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun
mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan
mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan
yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani
kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang
makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit
rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk
memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut
hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja
kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan
kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon
tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke
bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak
menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang
Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk
menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya
lupus.
Bab 11 – Tertangkap
Meng
Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor
tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Dia
berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar
tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV
tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong
mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik
dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman
CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia
dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal
di asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu
Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar
tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong
ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.
Bab 12 – Suasana Baharu
Meng
Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi
atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia
berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama.
Meng Kong mula belajar dan membuat kerja sekolahnya mengikut masa dan
jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat
menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas
hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi
kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang
garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya,
tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan
Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka
berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.
Bab 13 – Jiwa Remaja
Badri
bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri
diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai dua orang buah
hati kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang
kelewatannya. Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan teater
tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan
Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan disedari oleh
Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul bahawa
Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil dan berbual-bual melalui
telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokan harinya namun apabila
Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa
dapat dikesan walaupun dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta
Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar yang sedang memasukkan rokok ke
dalam beg Meng Kong atas arahan Shahrul supaya Meng Kong dibuang
asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh
Sahrul.
Bab 14 – Di Persimpangan
Kumar
insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul
yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul
tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli
kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil dan Meng
Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk
Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.
Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri
Kehilangan
Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakan
sahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri
dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang
kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati ditembak kerana terlibat
dengan kes jenayah dan dadah. Badri risau sekiranya Jamil turut
terlibat dalam kes jenayah tersebut.
Bab 16 – Tersayat Pedih
Shahrul
ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta
mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul
mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan
rakan-rakan yang lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin
membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu
adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul
marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan
kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital. Persahabatan
Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila
berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat
yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar,
sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang
menyatakan Shahrul telah berubah.
Bab 17 – Mangsa Fitnah
Badri
banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar. Namun
begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra sebelum ini.
Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira
yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan tersebut Badri
lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badri telah
difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailani
menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu
Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh
Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya
sebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar
walaupun Cikgu Jailani mendapati Badri tidak bersalah. Badri juga
disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali
Siew Mei dan Taufik.
Bab 18 – Pentas Sandiwara
Badri
dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati
Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg
Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan
Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah
dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh
Lokman, iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan
Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.
Bab 19 – Cerita Baharu
Meng
Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka
bersimpati dengan nasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak
terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul
yang tidak serik dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya
tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul
memberitahu sikap Shahrul kepadanya.
Bab 20 – Hati Yang Terluka
Hubungan
Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal Ini menimbulkan sedikit rasa
cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama
Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa
Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira
terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul
di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan
oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir
sikap Nadira.
Bab 21 – Harapan
Shahrul
terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira.
Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut,
kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan
sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam
Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong
oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk
menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat
peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan
masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa
saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik
pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi
membeli tiket untuk balik bekerja semula. Badri telah memohon kemasukan
ke universiti.
Bab 22 – Senja Belum Berlabuh
Pertemuan
semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah
masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau kembali kenangan
lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan
akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil
melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufik
mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi
membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di
Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya
membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah
berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah
memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi
seorang doktor gigi. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora
dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan
mendatang.
No comments:
Post a Comment