PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN
Jenis Rumusan/Ulasan
- Petikan rencana
- Berita
- Ucapan
- Cereka, dan sebagainya
Pendahuluan yang baik
- Markah untuk pendahuluan hanya 2 tetapi ia tetap penting dalam sesuatu rumusan.
- Sejak SPM 2004 berlaku perubahan terhadap cara penulisan pendahuluan.
- Sebaik-baiknya rumusan dimulakan dengan frasa berikut:
- Petikan membincangkan....
- Ditulis dalam satu ayat yang merangkumi tema keseluruhan petikan.
Panduan mencari isi tersurat
- Kebiasaannya, petikan yang diberi adalah sekitar 300 hingga 350 patah perkataan dan jumlah perenggan pula antara 4 hingga 7 perenggan.
- Apabila seseorang penulis asal petikan itu menulis, dia sudah tentu meletakkan 1 isi utama dalam 1 perenggan. Jumlah isi sokongan pula antara 1 hingga 3 manakala contoh turut disertakan.
- Untuk mencari isi tersurat, anda juga harus berfikiran begitu, iaitu 1 isi dalam 1 perenggan tetapi untuk memilih isi itu, perlu diperhatikan fokus soalan kerana soalan mengandungi 2 fokus, yang pertama untuk tersurat manakala yang kedua untuk isi tersirat.
- Pastikan sama ada setiap isi berkaitan atau tidak.
- Gariskan isi dalam setiap perenggan dan pilih yang paling berkaitan dengan fokus soalan yang pertama..
- Kategorikan isi yang berbentuk contoh seperti Proton Saga, Wira, Kancil, Perdana (kereta buatan Malaysia)
- Tulis mengikut urutan dalam perenggan kedua.
Panduan menulis isi tersirat
- Kesukaran mencari isi tersirat sering kali menyebabkan pelajar mendapat markah rendah.
- Walaupun begitu, sejak SPM 2004, dalam soalan itu sendiri sudah dinyatakan secara tidak langsung kehendak isi tersirat menerusi fokus soalan kedua.
- Dengan itu, isi tersirat bukan lagi tafsiran kepada isi tersurat seperti sebelum SPM 2004.
- Sebaik-baiknya ditulis dalam 1 perenggan, iaitu perenggan ketiga dan tidak dicampur dengan isi tersurat atau kesimpulan.
- Isi tersirat tidak harus mengandungi cadangan (daripada anda) kecuali cadangan itu telah sedia ada dalam petikan dan sebelum ditulis perlu diubah suai agar tidak kelihatan sebagai cadangan anda.
Kesimpulan
- Kesimpulan diperuntukkan 2 markah.
- Untuk mendapat markah penuh, kesimpulan harus mempunyai:
- Rumusan keseluruhan
- Cadangan berkaitan dengan isu dalam petikan.
- Rumusan keseluruhan yang dimaksudkan ialah rangkuman isi tersurat dan tersirat yang mungkin meliputi faktor, kesan atau langkah.
- Cadangan pula lebih merupakan seperti keperluan menyedari sesuatu isu, menggemblengkan usaha dan sebagainya mengikut konteks soalan berpandukan fokus soalan.
- Kombinasi terbaik ialah:
- Kesimpulannya, ......
- Cadangan yang menggunakan kata hendaklah..., seharusnya...,sepatutnya ... dll)
- ......supaya.../agar...
- Kesan/implikasi.
- Kesimpulan harus ditulis berasingan dalam 1 ayat di perenggan terakhir.
Pemerengganan yang baik
- Rumusan yang baik harus ditulis dalam perenggan.
- Anda disyorkan menulis dalam empat perenggan, iaitu:
- Pendahuluan
- Isi tersurat
- Isi tersirat
- Kesimpulan.
- Rasional saranan itu ialah kerana biasanya pemeriksa dibekalkan skema dalam urutan yang sebegitu.
No comments:
Post a Comment