ESEI: FAKTOR MENULARNYA PEMBUANGAN BAYI..
Pendahuluan:
- Mutakhir ini kejadian pembuangan bayi di negara kita begitu menular dan amat membimbangkan.
- Hal ini menunjukkan betapa negara kita semakin dilanda oleh gejala kebejatan sosial yang sukar dibendung.
- Pelbagai faktor yang menyebabkan kes ini semakin menular, antaranya:-
Isi-isi (Faktor):-
- Pegangan agama yang semakin rapuh dalam kalangan remaja. Mereka mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana cetek ilmu agama.
- Pengaruh negatif yang tersebar luas
dalam kalangan remaja. Perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang
lebih membawa keburukan jika tidak dipantau.
- Kurangnya kawalan oleh ibu bapa kerana
terlalu sibuk dengan urusan mencari nafkah dan kekayaan dunia. Anak
dibiarkan bebas tanpa sedikit pun kawalan.
- Langkah penguatkuasaan yang lemah oleh
pihak bertanggungjawab membuka peluang yang lebih kepada remaja yang
hidup tanpa pegangan dan hala tuju yang jelas.
- Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling amat dominan dalam mempengaruhi tingkah laku para remaja.
- Kurang kesedaran dalam diri remaja menyebabkan mereka mudah bertindak mengikut nafsu dan perasaan.
- Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan tanpa had dan batasan mudah menarik mereka melakukan seks haram.
- Anggota masyarakat dan jiran yang
mengambil sikap ‘seperti enau di dalam belukar’ menyebabkan kes
pembuangan bayi sukar dibanteras.
- Sistem pendidikan yang terlalu mengutamakan akademik juga menjadi pemangkin meningkatnya kes pembuangan bayi.
Penutup:
- Pelbagai faktor yang sama-sama membantu meningkatkan kes pembuangan bayi.
- Semua pihak perlu berganding bahu secara bersungguh-sungguh membanteras gejala sesat ini.
- Remaja mestilah sedar bahawa perbuatan membuang bayi ialah perlakuan keji yang amat dilarang oleh agama.
No comments:
Post a Comment