Contoh Rumusan Lengkap 1:
Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan tidak boleh lebih 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________
Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka.

Selain itu,
matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak
pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi.
Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan
ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan
dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini
ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah
menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali
dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan
Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru,
walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk
mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin
bertambah.
Selain faktor di atas, kebanjiran
penatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang
tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia.
Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah
berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah pula oleh sikap
pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang
tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi
perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu
di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di
sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif
penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi membanteras
pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.
Memandangkan
Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan
pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa
menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung
Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk
bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan
untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan
penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah
menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak
sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan
gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan
Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.
Oleh
sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat
parah, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan
tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan
rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang
ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan
dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan
kos yang tinggi malah merugikan negara.
___________________________________________________________________
Contoh Jawapan Rumusan 1:
Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.
Malaysia
menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih
baik berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke
Malaysia kerana banyak pekerjaandi sini memberi pendapatan yang tinggi.
Pada Masa yang sama, negara kita yang aman, telah menggalakkan mereka
bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan mereka
ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di
Malaysia. Faktor yang turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada
pihak di negara kita memberi perlindungan kepada pekerja asing. Pantai
Malaysia yang panjang juga menyukarkan pemantauan pekerja asing
dilaksanakan.
Kehadiran mereka telah
menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas.
Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di
Malaysia.
Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan.
(121 patah perkataan)
Contoh Rumusan Lengkap 2:
Rumuskan punca lambakan barangan tiruan di Malaysia dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
____________________________________________________________________
Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah berada di pasaran tempatan sejak beberapa tahun yang lalu. Gejala ini berterusan kerana memiliki barangan berjenama terkenal menjadi idaman kebanyakan orang yang mengutamakan prestij. Namun begitu, bukan semua orang mampu memiliki barangan yang berjenama kerana harganya yang mahal. Untuk memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka segelintir anggota masyarakat beralih kepada barangan tiruan. Mereka berpendapat mutu barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti barangan asli.
Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang memudahkan barangan berkenaan memasuki negara kita. Barangan tiruan ini biasanya dibawa masuk melalui pintu sempadan dan pelabuhan dalam dua bentuk iaitu, separuh siap atau siap sepenuhnya. Barangan separuh siap akan melalui proses pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki pasaran. Dengan kemudahamn logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke sesuatu destinasi dengan cepat dan mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan lapangan terbang menjadi satu cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti isinya. Keadaan ini bertambah rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu terhadap barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini antaranya adalah melalui penghantaran cepat dengan perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah kecanggihan teknologi kini mengizinkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui talian laman web yang dilayari oleh pelanggan.
Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan dibuat secara tunai tanpa sebarang resit. Oleh itu, apabila serbuan dibuat ke atas penjual, maka pembekalnya tidak dapat dikesan. Sekalipun dikenali pembekalnya namun penjual tidak berani memaklumkannya kepada pihak berkuasa tentang identiti pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan sindiket dan mengancam nyawa mereka. Bagi para pengguna pula, mereka sukar membezakan antara barangan tiruan dengan barangan asli. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan mesin canggih yang dapat menghasilkan bahan tiruan yang hampir menyerupai barangan tulen. Pada masa ini, barangan tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan, alat ganti kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter. Barangan ini laris di pasaran atas kecenderungan sebahagian pengguna yang tidak memperdulikan ketulenannya asalkan barangan itu berjenama dan murah.
Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket besar dengan modal yang banyak. Oleh sebab itulah kita dapati sekalipun barangan itu dirampas hari ini, namun keesokan harinya mereka boleh beroperasi semula kerana sumbernya mempunyai rangkaian perniagaan besar yang boleh bertukar ganti dan stok barangan tersebut mungkin berada di mana-mana sahaja.

Contoh Jawapan Rumusan 2:
Petikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan barang-barang tiruan di Malaysia.
Punca
lambakan barang-barang tiruan di Malaysia ialah golongan yang tidak
berkemampuan ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan
tiruan. Selain itu, pasaran globalisasi memudahkan barangan tiruan
memasuki Malaysia. Pada masa yang sama, teknologi terkini mengizinkan
pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web. Malahan, kegiatan
pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan
dibuat menemui kegagalan. Faktor lain ialah pengguna sukar membezakan
di antara barangan tiruan dengan barangan asli kerana bentuknya yang
hampir sama. Faktor terakhir ialah penjualan barangan tiruan dilindungi
oleh sindiket besar.
Untuk mengatasinya, tindakan
undang-undang yang tegas dikenakan kepada semua pihak yang terlibat.
Masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini kepada pihak berkuasa tanpa
rasa takut.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar masalah pengedaran barang-barang tiruan dapat dibanteras.
(120 patah perkataan )
No comments:
Post a Comment