SINOPSIS:-
Ceper ialah
sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan
pedalaman. Penulis
(Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan
ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis)
asyik dengan burung ketitir.
Kesulitan
hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan melalui liku-liku dan keadaan
sungai yang semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan
tohor akibat pelbagai sampah yang dibuang ke dalam sungai.
Pada suatu
hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah
seperti dulu. Ibu yang menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya
meninggal dunia.
Penulis
akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak
berfungsi seperti dulu, iaiti sebagai sumber air kepada penduduk
sedangkan ibu sudah meninggal lama sebelum bapa meninggal dunia.
TEMA:-
Kepentingan air dalam kehidupan.
PERSOALAN:-
- Kesukaran hidup apabila sungai tercemar.
- Setiap yang hidup akan mati.
- Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya.
- Menghargai anugerah Allah.
WATAK & PERWATAKAN:-
a. Ibu
- Seorang yang rajin.
- Pandai membuat tikar.
- Bergaul dengan masyarakat.
- Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya merosakkan tanamannya.
b. Bapa
- Suka mendenak burung ketitir.
- Meninggal dunia kerana terjatuh.
c. Aku
- Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh.
- Bertanggungjawab menjaga ibu.
No comments:
Post a Comment