Pendahuluan:
AR: Amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat kita terutamanya di kampung-kampung amatlah diutamakan.
AR: Walaupun
begitu, amalan yang diwarisi sejak zaman berzaman ini semakin
dipinggirkan oleh masyarakat hari ini terutamanya oleh masyarakat yang
mendiami kota-kota besar.
AA: Pelbagai manfaat yang akan diperoleh masyarakat apabila menjadikan gotong-royong sebagai amalan dalam kehidupan mereka.
Perenggan Isi:
Antara manfaat gotong-royong kepada masyarakat ialah:-
- menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan } menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga
- mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat } saling bekerjasama, percaya-mempercayai
- merapatkan jurang perbezaan dalam masyarakat, contohnya antara golongan kaya dengan yang miskin, golongan pegawai dengan buruh kasar dan lain-lain
- mewujudkan keadaan yang harmoni dan selamat di sesebuah kawasan kejiranan
- membantu mencegah kejadian jenayah di sesebuah kawasan petempatan
- mendidik generasi muda tentang kepentingan gotong-royong dan kenapa perlu dikekalkan
- membentuk peribadi dan yang luhur dalam kalangan masyarakat
Antara UBI / peribahasa yang sesuai digunakan:-
- bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
- bagai aur dengan tebing
- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- melentur buluh biarlah dari rebungnya
- bersatu teguh, bercerai roboh
- hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah
No comments:
Post a Comment