Saturday 25 February 2012

ESEI: PUNCA BERLAKU GEJALA PONTENG SEKOLAH

 


Pendahuluan:
  • Gejala ponteng sekolah semakin berleluasa dan membimbangkan semua pihak.
  • Gejala ini merupakan suatu budaya yang negatif dan amat merugikan.
Faktor -faktor berlakunya gejala ponteng sekolah:-
  • Pelajar tidak berminat untuk belajar – mereka beranggapan bahawa dunia persekolahan amat membosankan.
  • Pengaruh rakan sebaya – tidak bijak memilih kawan.
  • Kurang kesedaran betapa pentingnya pelajaran untuk masa depan.
  • Suasana sekolah yang tidak berjaya menarik minat pelajar.
  • Beban pelajaran yang ditanggung oleh pelajar sangat berat.
  • Pelajar terlalu mementingkan hiburan dan kebebasan.
  • Kurangnya kerjasama antara ibu bapa dengan guru.
  • Ibu bapa dan penjaga yang tidak mengambil berat tentang anak-anak.
  • Pengajaran dan pembelajaran yang membosankan.
  • Pelaksanaan peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat dan mengongkong.
  • Persekitaran sekolah yang membantu aktiviti ponteng seperti sekolah di kawasan pusat bandar, sekolah tidak mempunyai pagar yang sesuai, dll.
  • Persekolah yang terlalu mementingkan peperiksaan.
  • Pengaruh negatif media massa’
  • Peningkatan masalah sosial dan penagihan dadah dalam kalangan pelajar.
  • Lemahnya langkah pengawalan oleh pihak sekolah.
  • Anggota masyarakat yang tidak bersungguh-sungguh bekerjasama membanteras gejala ponteng sekolah.
  • Pihak berkuasa tidak bersungguh-sungguh berusaha membasmi gejala ponteng.
  • Hukuman setimpal yang boleh menakutkan pelajar ponteng tiada.

1 comment:

  1. Dijemput pasukan bahas sekolah Tuan/Puan untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen pada hari Sabtu, 26 Januari 2012 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari blog
    http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete