Saturday 25 February 2012

PANDUAN MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN

Jenis Rumusan/Ulasan
      • Petikan rencana
      • Berita
      • Ucapan
      • Cereka, dan sebagainya
Pendahuluan yang baik
  • Markah untuk pendahuluan hanya 2 tetapi ia tetap penting dalam sesuatu rumusan.
  • Sejak SPM 2004 berlaku perubahan terhadap cara penulisan pendahuluan.
  • Sebaik-baiknya rumusan dimulakan dengan frasa berikut:
    • Petikan membincangkan....
  • Ditulis dalam satu ayat yang merangkumi tema keseluruhan petikan.
 Panduan mencari isi tersurat
  • Kebiasaannya, petikan yang diberi adalah sekitar 300 hingga 350 patah perkataan dan jumlah perenggan pula antara 4 hingga 7 perenggan.
  • Apabila seseorang penulis asal petikan itu menulis, dia sudah tentu meletakkan 1 isi utama dalam 1 perenggan. Jumlah isi sokongan pula antara 1 hingga 3 manakala contoh turut disertakan.
  • Untuk mencari isi tersurat, anda juga harus berfikiran begitu, iaitu 1 isi dalam 1 perenggan tetapi untuk memilih isi itu, perlu diperhatikan fokus soalan kerana soalan mengandungi 2  fokus, yang pertama untuk tersurat manakala yang kedua untuk isi tersirat.
  • Pastikan sama ada setiap isi berkaitan atau tidak.
  • Gariskan isi dalam setiap perenggan dan pilih yang paling berkaitan dengan fokus soalan yang pertama..
  • Kategorikan isi yang berbentuk contoh seperti Proton Saga, Wira, Kancil, Perdana (kereta buatan Malaysia)
  • Tulis mengikut urutan dalam perenggan kedua.
Panduan menulis isi tersirat
  • Kesukaran mencari isi tersirat sering kali menyebabkan pelajar mendapat markah rendah.
  • Walaupun begitu, sejak SPM 2004, dalam soalan itu sendiri sudah dinyatakan secara tidak langsung kehendak isi tersirat menerusi fokus soalan kedua.
  • Dengan itu, isi tersirat bukan lagi tafsiran kepada isi tersurat seperti sebelum SPM 2004.
  • Sebaik-baiknya ditulis dalam 1 perenggan, iaitu perenggan ketiga dan tidak dicampur dengan isi tersurat atau kesimpulan.
  • Isi tersirat tidak harus mengandungi cadangan (daripada anda) kecuali cadangan itu telah sedia ada dalam petikan dan sebelum ditulis perlu diubah suai agar tidak kelihatan sebagai cadangan anda.
Kesimpulan
  • Kesimpulan diperuntukkan 2 markah.
  • Untuk mendapat markah penuh, kesimpulan harus mempunyai:
    • Rumusan keseluruhan
    • Cadangan berkaitan dengan isu dalam petikan.
  • Rumusan keseluruhan yang dimaksudkan ialah rangkuman isi tersurat dan tersirat yang mungkin meliputi faktor, kesan atau langkah.
  • Cadangan pula lebih merupakan seperti keperluan menyedari sesuatu isu, menggemblengkan usaha dan sebagainya mengikut konteks soalan berpandukan fokus soalan.
  • Kombinasi terbaik ialah:
    • Kesimpulannya, ......
    • Cadangan yang menggunakan kata hendaklah..., seharusnya...,sepatutnya ... dll)
    • ......supaya.../agar...
    • Kesan/implikasi.
  • Kesimpulan harus ditulis berasingan dalam 1 ayat di perenggan terakhir.

Pemerengganan yang baik
  • Rumusan yang baik harus ditulis dalam perenggan.
  • Anda disyorkan menulis dalam empat perenggan, iaitu:
    • Pendahuluan
    • Isi tersurat
    • Isi tersirat
    • Kesimpulan.
  • Rasional saranan itu ialah kerana biasanya pemeriksa dibekalkan skema dalam urutan yang sebegitu.

No comments:

Post a Comment