Mutakhir ini kejadian pembuangan bayi di negara kita begitu menular dan amat membimbangkan.
Hal ini menunjukkan betapa negara kita semakin dilanda oleh gejala kebejatan sosial yang sukar dibendung.
Pelbagai faktor yang menyebabkan kes ini semakin menular, antaranya:-
Isi-isi (Faktor):-
Pegangan agama yang semakin rapuh dalam kalangan remaja. Mereka mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana cetek ilmu agama.
Pengaruh negatif yang tersebar luas
dalam kalangan remaja. Perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang
lebih membawa keburukan jika tidak dipantau.
Kurangnya kawalan oleh ibu bapa kerana
terlalu sibuk dengan urusan mencari nafkah dan kekayaan dunia. Anak
dibiarkan bebas tanpa sedikit pun kawalan.
Langkah penguatkuasaan yang lemah oleh
pihak bertanggungjawab membuka peluang yang lebih kepada remaja yang
hidup tanpa pegangan dan hala tuju yang jelas.
Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling amat dominan dalam mempengaruhi tingkah laku para remaja.
Kurang kesedaran dalam diri remaja menyebabkan mereka mudah bertindak mengikut nafsu dan perasaan.
Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan tanpa had dan batasan mudah menarik mereka melakukan seks haram.
Anggota masyarakat dan jiran yang
mengambil sikap ‘seperti enau di dalam belukar’ menyebabkan kes
pembuangan bayi sukar dibanteras.
Sistem pendidikan yang terlalu mengutamakan akademik juga menjadi pemangkin meningkatnya kes pembuangan bayi.
Penutup:
Pelbagai faktor yang sama-sama membantu meningkatkan kes pembuangan bayi.
Semua pihak perlu berganding bahu secara bersungguh-sungguh membanteras gejala sesat ini.
Remaja mestilah sedar bahawa perbuatan membuang bayi ialah perlakuan keji yang amat dilarang oleh agama.
No comments:
Post a Comment